Ideologi dan dasar Fine Gael

Undang-undang dan ketertiban

Meskipun spektrum politik Ireland secara tradisional terbagi berdasarkan keberpihakan pada Perang Saudara, daripada spektrum kiri–kanan pada umumnya, Fine Gael dianggap sebagai Parti dengan spektrum sentris ke kanan tengah, dengan fokus utama pada "undang-undang dan ketertiban" dan pasar bebas.[22] Sebagai turunan dari puak pro-Perjanjian di Perang Saudara Ireland, Fine Gael memiliki kaitan yang kuat dengan Michael Collins dan warisannya. Ia tetap menjadi simbol bagi parti Fine Gael, dan ulang tahun kematiannya diperingati setiap tahun pada bulan Ogos.[23]

Ekonomi liberal

Sejak awal, Fine Gael mencitrakan dirinya sebagai Parti yang menginginkan campur tangan pemerintah dikurangkan dalam bidang ekonomi dan membolehkan dasar-dasar yang menyokong perdagangan. Dalam hal ini, Fine Gael mewarisi pandangan dari puak pro-Perjanjian yang meyakini campur tangan pemerintah yang minimal, cukai dan pengeluaran sosial yang rendah.[24] Beberapa politikus parti yang baru dilantik dalam Dáil menginginkan suatu polisi ekonomi yang liberal. Seperti Leo Varadkar yang mengininkan pendekatan neoliberal untuk mengatasi masalah ekonomi dan pengangguran di Ireland.[25] Varadkar merupakan pendukung usaha kecil dan menengah dan menganjurkan bahawa syarikat-syarikat kecil harus mendapatkan manfaat dari program kapitalisasi semula pemerintah.[26]

Usulan Fine Gael terkadang dikritik oleh sebagian kelompok politik di Ireland, dan oleh beberapa kesatuan perdagangan, yang mengatakan bahawa rancangan penyelesaian yang ditawarkan Fine Gael lebih lebih menguntungkan perusahaan daripada pekerja. Salah satu kesatuan buruh menyatakan akan menentang polisi Taoiseach Enda Kenny dalam menangani krisis ekonomi yang melanda di Ireland, yakni perjanjian upah nasional harus ditunda. Namun, dasar tersebut membuat sokongan Fine Gael meningkat dalam soal selidik pendapat pada tahun 2008.[27]

Polisi pembaharuan perlembagaan

Fine Gael dipandang sebagai Parti yang berpegang kepada perlembagaan, dengan anggota dan perwakilan masyarakat selalu menunjukkan rasa hormat kepada lembaga negara di Ireland. Pimpinan Parti ini sering turut serta dalam perdebatan mengenai reformasi politik di Ireland. Anggota Parlimen dari Fine Gael Phil Hogan, yang sekarang menjadi ahli Jawatankuasa Eropah, menyampaikan usulan Parti untuk reformasi politik dan perlembagaan. Dalam dokumen polisi berjudul New Politics, Hogan menyarankan untuk membuat negara dengan "sistem politik yang lebih kecil, lebih dinamik, dan lebih responsif", jumlah anggota Parlimen harus dikurangkan sebanyak 20 kerusi, peraturan pada Dail peru diubah, dan yang cukup kontroversial, Senat Ireland dihapuskan.[28]

Polisi sosial

Fine Gael umumnya dipandang konservatif dari segi pengurusan sosial pada sebahagian abad ke-20 kerana pengaruh agama Kristian masih kuat di masyarakat Ireland pada waktu itu. Anggota-anggotanya yang banyak dipengaruhi oleh gagasan demokrasi Kristian, liberalisme, dan demokrasi sosial pada isu-isu polisi sosial. Di bawah Garett FitzGerald, Parti ini menjadi lebih liberal untuk menarik suara rakyat yang lebih meluas. Usulan untuk memperbolehkan perceraian diajukan pemerintahan Fine Gael, yakni pada tahun 1986 di bawah FitzGerald,[29] dan pada tahun 1995 di bawah John Bruton.[30]

Fine Gael menyokong adanya ikatan yang sah secara undang-undang pada pasangan sama jenis sejak tahun 2003. Pada tahun 2013, pemimpin Parti dan Taoiseach Enda Kenny mengumumkan dukungannya terhadap perkahwinan sama jenis. Pemerintahan Fine Gael memutuskan referendum pada 22 Mei 2015. Hasil referendum tersebut menyatakan bahwa warga mendukung hak untuk berkahwin bagi pasangan sama jenis dengan 62.1% undian menyokong manakala 37.9% undian menentang.

Polisi kesihatan

Sistem perkhidmatan kesihatan di Ireland dipandang buruk jika dibandingkan dengan negara-negara lain di Eropah, dengan menempati peringkat ke-25 menurut Euro Health Consumer Index pada tahun 2006.[31] Fine Gael ingin Ireland untuk mengubah sistem asuransi kesihatan swasta dan mengubah perkhidmatan kesihatan publik dengan menerapkan reformasi terhadap sistem kesihatan tersebut. Berbicara dalam kempen, jurucakap Fine Gael dalam bidang kesihatan, James Reilly menyatakan "Selama 10 tahun terakhir, perkihdmatan kesihatan menjadi tidak terurus. Kami memiliki lebih dari 350 orang pada perkihdmatan A&E, waktu tunggu yang lamanya sampai berbulan-bulan, pasien rawat jalan yang harun menunggu selama bertahun-tahun dan operasi yang dibatalkan di seluruh penjuru negeri..."[32]

Fine Gael melancarkan kempen dan situs web FairCare di bulan April 2009, yang menyatakan bahwa perkihdmatan kesihatan akan menjalani pembaharuan semula dari yang sebelumnya yang mahal dan tidak efektif agar menjadi sebuah sistem yang diatur dengan insuransi kesihatan sejagat akan menggantikan sistem sedia ada.[33]

Pengguguran

Saat ini, Parti ini mempunyai kepincangan dalaman dalam kalangan anggotanya mengenai pengeluaran Pemindaan Perlembagaan Kelapan yang menyatakan bahwa janin yang belum lahir mempunyai hak untuk hidup sehingga pengguguran tidak boleh dilakukan kecuali dalam situasi mendesak.[34] Kenny berjanji bahwa angota Oireachtas dari Partinya akan mengadakan pemungutan suara pada masalah itu.[35] Pemimpin saat ini Leo Varadkar mendukung adanya referendum untuk membatalkan Pemindaan ini, dan beberapa anggota Parlimen dari Fine Gael menyokong hak ibu untuk melakukan pengguguran.

Pro-Eropah

Fine Gael adalah salah satu Parti yang paling mendokong integrasi Eropah di Ireland kerana sokongan terhadap Perlembagaan Eropah,[36] Perjanjian Lisbon, serta mengusahakan penglibatan Ireland dalam kegiatan pertahanan bersama Eropah.[37] Di bawah kepemimpinan Enda Kenny, Parti ini mempertanyakan kedudukan Ireland yang berkecuali dengan menyatakan bahawa "sebenarnya, Ireland tidak neutral. Kami hanya tidak bergabung dengan blok." Sayap pemuda parti ini, Young Fine Gael, mengesahkan sebuah usul pada tahun 2016 menyerukan pemerintah untuk mengajukan permohonan keanggotaan NATO.

Rujukan

WikiPedia: Fine Gael http://www.angus-reid.com/polls/view/33360/double_... http://generalmichaelcollins.com/Fine_Gael/F.G.His... http://www.healthpowerhouse.com/media/RaportEHCI20... http://www.hoganstand.com/general/Identity/extras/... http://m.irishtimes.com/newspaper/breaking/2010/03... http://www.irishtimes.com/focus/easterrising/legac... http://www.irishtimes.com/newspaper/breaking/2009/... http://uk.reuters.com/article/2012/05/30/uk-irelan... http://www.parties-and-elections.eu/ireland.html http://www.faircare.ie